Pada tanggal 25 Julai yang lalu aku bersama geng-geng CCiD Cyclist telah berjaya buat aktiviti kayuhan jarak jauh yang pertama dari Jalan Dato’ Onn ke Shah Alam (32 KM). Pada mulanya aku risau jugak sebab masing-masing baru belajar nak bawak basikal (kecuali Tuan Bahar & En Shawal) tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami dapat sampai jugak ke destinasi dengan selamat.
Mulanya tuan Bahar telah mencadangkan kepada semua CCiD Cyclist untuk buat kayuhan dari Jalan Dato' Onn ke Putrajaya tetapi bila aku dan tuan Bahar sendiri pi survey jalan rasa macam cuak jugak tengok jalan tu, banyak kereta & bas yang laju-laju... kira tak berapa sesuai untuk group yang baru nak belajar kayuh basikal macam aku ni.. hehehe..... So aku dan tuan Bahar pergi jumpa Dato' Aris dan bincang balik dengan beliau dan beliau sarankan agar buat trip yang dekat dulu iaitu ke Shah Alam. Dua tiga hari sebelum pi ke Shah Alam, tuan Bahar try dapatkan pengayuh-pengayuh yang join. Alhamdulillah akhirnya ada jugak yang sudi dan berani kayuh dari Jalan Dato' Onn ke Shah Alam. Pada jam 0700 hrs, CCiD Cyclist telah berkumpul di Bukit Perdana, Jalan dato' Onn dan berlepas ke Shah Alam pada jam 0745 hrs. Trip diketuai oleh Dato' Aris sendiri dengan "kuda putih"nya dan kami tiba di Sha Alam lebih kurang jam 1000 hrs.
Terima kasih aku ucapkan kepada abg2 trafik KL dan kakak trafik KL kerana sudi iringi kami ke Federal Highway. Tak lupa jugak untuk kawan-kawan dari JSJK Selangor kerana sanggup tunggu kami di Shah Alam & belanja minum di Seksyen 13 Shah Alam.
Kepada geng CCiD Cyclist, tunggu kayuhan akan datang.... & kepada sapa-sapa yang join group kami untuk aktiviti seterusnya, jangan segan-segan. Anda semua dialu-alukan untuk menyertai kami.
Gambar CCiD Cyclist (Jln Dato' Onn - Shah Alam)
ASP Annuar, Insp Fadli, aku dan En Shawal.
